Saturday, 29 September 2012

PELAKON IDOLA

 

  Salam..Selamat datang dan terima kasih kepada yang baru saja mengikuti dan singgah di blog Ct yang tak seberapa ini...!:) Di malam yang dingin ini Ct ingin berkongsi dengan anda semua siapakah pelakon-pelakon idola Ct, dan anda semua pun mesti nak tahukan siapakah pelakon-pelakon idola Ct. Haaa...nindiaa..!!! Inilah pelakon-pelakon idola Ct kalau anda semua nak tahu.


PELAKON FILEM WANITA:-


  Ok,kalau pelakon filem wanita, Ct paling minat ERRA FAZIRA.Memang teruja kalau tengok lakonan beliau.Beliau sangat berbakat dan boleh membawa pelbagai watak.Selain itu, Ct suka sangat tengok penampilan Erra Fazira yang selalu cantik dan sangat bergaya.MISS WORLD la katakan..! :)


PELAKON DRAMA WANITA:-



  Haa..ini pula adalah pelakon-pelakon drama wanita yang sangat Ct minati iaitu WAN MAIMUNAH dan ELLY SURIATI. Sebab apa Ct minat..?, Sebabnya lakonan kedua-dua pelakon ini sangat-sangat mantap dan menyentuh perasaan.Tak dapat nak diucapkan dengan bibir ini betapa berbakatnya kedua-dua pelakon ini. Lakonan mereka selalu berkesan dan tidak menghampakan.Tambah-tambah kalau bawa watak seperti jahat dan sedih, memang terbaiklah..!!! :)


PELAKON FILEM LELAKI:-



  Pewittt..!!! Hehehe..Haa..ini pula pelakon filem lelaki yang Ct minati iaitu SHAHIEZY SAM dan AARON AZIZ.Nak cakap pasal bakat mereka ni Ct rasa anda semua pun dah sedia maklum dan tahukan betapa berbakatnya mereka. Lakonan mereka memang sangat-sangat mantap. Thumbs up..!


PELAKON DRAMA LELAKI:-


  ZUL HUZAIMY, nama yang tidak asing lagi di kaca tv tanahair.Juga menjadi pelakon idola Ct kerana bakat lakonannya yang sangat mantap. Mampu membawa watak apa saja dengan baik.Lakonannya juga nampak bersahaja.

  Haa..anda semua dah tahukan siapa pelakon-pelakon idola Ct.Ct harap dan berdoa agar satu hari nanti jika Ct dberi peluang untuk menjadi seorang pelakon, Ct ingin menjadi seorang pelakon yang hebat dan mantap seperti mereka di atas Ct nak tunjukkan bakat yang selama ini Ct pendam kepada rakyat MALAYSIA dan Insyallah Ct tak akan mengecewakan anda semua. Kerana itulah CITA-CITA Ct selama ini dan kerana itulah Ct ingin MENGGAPAI BINTANG SIMPLYSITI..!!!:) Doa-doakan lah kejayaan Ct yerr..Aminn...and one more thing Ct perlu sokongan dari anda diluar sana,  pada Ct tanpa penyokong Ct tak akan berjaya dalam bidang ini.Hopefully doa-doa anda semua termakbul Insyallah.


No comments:

Post a Comment