Pada bulan Ramadhan tahun lepas 2011, Ct sekali lagi mencuba nasib untuk menyertai PERTANDINGAN RATU 1 MALAYSIA di kompleks membeli belah Sunshine Square, Pulau Pinang.Cerita Yang benar sahabat Ct yang menyuruh Ct menyertai dan memberi sokongan untuk menyertai pertandingan ini.Lagi pun masa tu kan bulan puasa, nak raya pulak tu...Sajala Ct pun nak cuba nasib, manalah nak tahu, kalau-kalau ada rezeki Ct nak beli baju raya.Hehehe..Dengan tidak segan silunya, Ct pun menyertai pertandingan tersebut...Al-kisah tersebutla kisah.Aippp..



Dah nama pun PERTANDINGAN RATU 1 MALAYSIA kan, mestila ada berbilang bangsa yang menyertai pertandingan itu seperti Melayu, Cina dan India.Seperti biasa, semua peserta disuruh Catwalk, memperkenalkan diri, menjawab soalan uji minda dan diwajibkan menunjuk bakat masing-masing.Tidak kira sama ada nak menyanyi, menari atau berlakon.Semua peserta yang menyertai pertandingan itu hebat-hebat belaka dan menunjukkan bakat masing-masing.Ct pula membuat persembahan tarian tiga bangsa iaitu tarian Melayu, Cina dan India.Apa pun, Ct cuma harapkan yang Ct akan cuba buat yang terbaik pada waktu itu.Kalau ada rezeki tak ke mana kan.



Tup tup tup...Keputusan pun nak diumumkan...Jantung Ct mula berdebar dan menarik nafas panjang untuk mendengar keputusan.Hehehe..Setelah diumumkan keputusannya, Ct mendapat tempat KEDUA dan ANUGERAH PAKAIAN TERCANTIK.Apa pun Ct tetap bersyukur kerana walaupun di tempat kedua, Ct tetap mendapat hadiah mahkota, baucer membeli belah sebanyak rm500, make up berjenama Max Factor dan lain-lain lagi.Syukur juga kerana Tuhan dah makbulkan doa Ct, kalau menang Ct nak beli baju raya.Haa..dah dapat hadiah baucer, tunggu apa lagi.Lepas tu Ct membeli sakanlaa...Hehehe..
Haa..Ct ada pesanan untuk anda semua, JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA SESUATU PERKARA YANG BAIK KERANA KITA TIDAK AKAN TAHU SETAKAT MANA KEBOLEHAN KITA SEBELUM MENCUBA.DAN PERCAYALAH PADA REZEKI..!!!Hah, dah macam pakar kaunseling dah Ct ni kan...Hehehe..
No comments:
Post a Comment