Tuesday, 18 September 2012

Majlis Pelancaran Koleksi BEJEWELED & Buka Puasa SIMPLYSITI

 

   Pada 31 JULAI 2012 yang lepas, semua FINALIS AKHIR SIMPLYSITI STAR SEARCH telah dipanggil dan dijemput hadir ke MAJLIS PELANCARAN KOLEKSI BEJEWELED & BUKA PUASA SIMPLYSITI.

   Lebih mengejut dan menggembirakan lagi, semua finalis akhir SIMPLYSITI STAR SEARCH telah dipanggil untuk menjadi MODEL PRODUK TERBARU SIMPLYSITI iaitu BEJEWELED bersama IDOLA Ct DATO' SITI NURHALIZA.



   Sememangnya Ct tidak pernah menyangka akan dapat peluang seperti ini.Ct rasa tersangat-sangat teruja dapat menjadi model produk terbaru SIMPLYSITI dan berbuka puasa bersama dengan DATO' SITI NURHALIZA, rasa macam mimpi pun ada juga.Hehehe..Bukan Ct saja, perasaan finalis akhir yang lain pun mesti gembira dan teruja dapat berada di atas pentas bersama-sama DATO' SITI NURHALIZA untuk memperagakan produk terbaru beliau.

   Di kesempatan ini juga, Ct ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada DATO' SITI NURHALIZA kerana telah sudi menjemput ct dan semua FINALIS AKHIR SIMPLYSITI STAR SEARCH ke majlis tersebut.Pengalaman catwalk dan berbuka puasa bersama DATO' SITI NURHALIZA tak dapat dilupakan sampai bila-bila.Malah, ia menjadi satu sejarah dalam hidup Ct.Terima kasih sekali lagi..!!!:) Terima kasih kepada SIMPLYSITI yang telah MENAJA MAKE UP kami, terima kasih juga kepada SEMUA YANG TERLIBAT dan BUTIK AMELIA yang telah sudi MENAJA baju kami pada hari itu, cantik sangat. Bukan itu saja, pada hari itu Ct dan semua finalis akhir juga dapat bersua muka dan dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara kami.

  Ini gambar-gambar yang telah diambil pada majlis tersebut...:-










No comments:

Post a Comment