Adat bertanding ada menang ada kalah,
Mencuba nasib jadi artis terkenal,
Kalau ada rezeki syukur alhamdulillah,
Akhirnya sampai juga ke final...
Mencuba nasib jadi artis terkenal,
Kalau ada rezeki syukur alhamdulillah,
Akhirnya sampai juga ke final...
Syukur ALHAMDULILLAH...!!!Tidak pernah sekali pun berfikir dan terlintas di fikiran ini yang Ct akan layak ke GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH...Memang Ct bersyukur dan terkejut sangat-sangat apabila diumumkan menjadi FINALIS SIMPLYSITI STAR SEARCH, mana tidaknya semua peserta hebat-hebat belaka dan semuanya berkelulusan tinggi.Berbanding dengan Ct yang cuma berkelulusan SPM, apala sangat kan..Cuma yang Ct ada hanyalah bakat dan sedikit pengalaman dalam bidang seni semata-mata.Tetapi dengan semangat yang kental Ct terus berusaha sebaik mungkin dan hasilnya ALHAMDULILLAH Ct dipilih untuk menjadi salah seorang FINALIS SIMPLYSITI STAR SEARCH...:)
Di kesempatan ini Ct nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA kepada IDOLA Ct selama ini iaitu DATO' CT NURHALIZA terutamanya, SIMPLYSITI, Mejar (K) DAVID TEO dari METROWEALTH PICTURES dan IZZA SHAFINAZ editor MAJALAH LISA kerana telah memberi peluang yang sangat bermakna ini kepada Ct untuk terus merealisasikan impian dan cita-cita Ct.
Dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur semata-mata hendak mengejar cita-cita yang sudah lama tersimpan dan berhajat di hati.Bukan sekadar mengejar cita-cita, malah Ct buat semua ini juga demi untuk mak & abah tercinta.Kalau diizinkan dan diberi rezeki, insyallah..Ct nak jadi seorang pelakon yang sangat berbakat dan berkalibel.Selain itu, Ct juga nak ubah nasib keluarga menjadi lebih baik.Ct tak mahu mereka hidup susah lagi.Mereka lah yang banyak memberi sokongan pada Ct dan sejak kecil lagi mereka tidak pernah menghalang minat Ct.
"PELUANG DATANG HANYA SEKALI."Jadi, untuk mencapai cita-cita dan membalas jasa mak & abah selama ini Ct berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik di GRANDFINAL nanti.Insyallah, mudah-mudahan Ct dapat lakukan yang terbaik di GRANDFINAL nanti.Aminnnn...!!!:)
go ct..go ct !!! ;)
ReplyDeletetq fara..!:)
ReplyDelete