Tuesday, 25 September 2012

PERSIAPAN & PERSEDIAAN KE GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH (PART4)



  Mari sini tuan-tuan & nyonya-nyonya,
  Cuma membaca tak perlu bertanya,
  Kalau nak tahu apa persiapan & persediaan saya,
  Jom ikuti cerita selanjutnya..


   Salam semua...!:) Ok, berbalik kepada PERSIAPAN & PERSEDIAAN yang telah Ct lakukan untuk ke GRANDFINAL nanti.Baru-baru ini Ct telah mengikuti EXPRESSION CLASS yang dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES.Ct excited gila nak pergi kelas ni dan tidak sabar untuk menimba ilmu baru.




    Hurmmm...Ct rasa seronok dan berbaloi sangat dapat mengikuti EXPRESSION CLASS yang dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES ini.Mana tidaknya, Ct dapat mempelajari teknik-teknik membuat memek muka mengikut watak lakonan seperti marah,sedih,takut,geram dan banyak lagi.Selain itu, ianya juga adalah satu peluang untuk Ct memperbaiki mutu lakonan Ct ke tahap yang lebih baik dan berkualiti untuk menghadapi GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH yang akan Ct tempuhi pada 20 OKTOBER 2012 nanti.Fuhhh..makin berdebar-debar jantung Ct rasanya.Hehehe...



   Jeng, jeng, jeng...!!! Haaa..kertas yang anda semua lihat di atas ini adalah KERTAS UJIAN UNTUK MENEKA MEMEK MUKA berdasarkan gambar memek muka yang telah diberikan.Huhuhu...nampak macam senang dan mudahkan,  tapi boleh tahan juga susahnya tau.Sebabnya, semua memek muka nampak hampir-hampir sama dan lebih kurang saja.Semua pelajar yang mengikuti EXPRESSION CLASS diberi masa selama 3 minit sahaja untuk menjawab soalan-soalan itu.Memang sangat-sangat  mencabar dan menguji minda.OK, sebelum semua pelajar EXPRESSION CLASS diberi kertas soalan kami semua perlu MENCABUT KERTAS UNDIAN.Siapa yang dah mencabut kertas undi akan mengetahui apakah watak dan memek muka yang perlu dilakukan.Hahaha..memang surprise apabila Ct telah mendapat WATAK HANTU dan perlu membuat memek muka seperti hantu.Selain itu Ct juga kena lakonkan WATAK HANTU KOMEDI, WATAK GARANG DAN WATAK MENGGODA.Haaa..hampa semua nak tengok macam mana muka Ct jadi hantu...???Hihihihi..tengokla beberapa gambar-gambar kat bawah ni...!:):):)





   'Pulangkan jika tidak aku akan cekik kamu..!!! Hihihihi...Ehem, ehem, terlebih sudah...:):):) Haaa...macam mana, ok tak Ct jadi hantu....??? Gerun ke tak, habaq mai sat kat chek..! Hehehe..Nanti sat, ada lagi nih..Jom tengok gambar yang Ct lakonkan untuk WATAK HANTU KOMEDI pula k.


  Nah, amik kau..! Hahaha..Senget habis mulut-mulut Ct.Nak sangat suruh hantu buat lawak..hahaha..


   Alhamdullilah Ct dapat lakukan tugasan dengan sempurna.....Dengan adanya kelas seperti ini kita boleh mempelajari lebih banyak lagi tentang ilmu lakonan dan dapat meningkatkan mutu lakonan kita.Alhamdulillah, Ct bersyukur dan berterima kasih sebab diberi peluang untuk mempelajari dan menimba ilmu baru dalam EXPRESSION CLASS yang telah dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES.Insyallah, Ct AKAN BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH LAGI UNTUK MENCAPAI BINTANG SIMPLYSITI..!!! Dan untuk merealisasikan impian Ct, Ct harap dapat sokongan dari anda diluar sana untuk mengapai Impian dan Cita-Cita Ct selama ini, kalau ada Rezeki tu Alhamdullilah kalau tiada pun Ct tetap bersyukur kerana Ct dah sampai hingga ketahap setinggi ini Ct harap berkat doa u all semua untuk Ct akan dimakbul.....Insyallah Amin...!!
  

  Demikian sahaja kisah PERSIAPAN & PERSEDIAAN Ct untuk ke GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH pada 20 OKTOBER 2012 nanti.Jangan lupa ikuti PERSIAPAN & PERSEDIAAN Ct seterusnya ok..!!! Terima kasih semua..Tata..titi..tutu...





No comments:

Post a Comment