Sunday, 23 September 2012

PERTANDINGAN RATU (Part3)



   TIDAK PERNAH KENAL ERTI PUTUS ASA KERANA REZEKI & KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG TANPA USAHA adalah MOTTO HIDUP Ct.Selepas menyertai pertandingan RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA dan RATU 1 MALAYSIA, Ct mendapat lebih keyakinan diri dan ingin menimba lebih banyak lagi pengalaman dengan menyertai mana-mana pertandingan ratu kebaya.Tak kiralah sama ada menang atau kalah tapi Ct tetap nak mencuba nasib.Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tak berjaya Ct jadikan ia satu pengalaman untuk Ct perbaiki kelemahan Ct.


   Pada 14 Mei 2012 yang lepas Ct sekali lagi menyertai pertandingan RATU KEBAYA di PAMERAN PENGANTIN KOMTAR, PULAU PINANG.Hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM150 dan menjadi duta butik pengantin RED&GINCU.Tidak kisah berapa pun nilai hadiah yang ditawarkan, Ct cuma mahu menimba lebih banyak pengalaman .Dengan tidak disangka-sangka syukur alhamdulillah sekali lagi Ct telah memenangi pertandingan itu dan sekaligus menjadi model kepada BUTIK PENGANTIN RED&GINCU.



  Buat masa sekarang Ct berehat seketika dari menyertai mana-mana pertandingan kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada PERTANDINGAN AKHIR SIMPLYSITI STAR SEARCH.Ct harap apa yang Ct usahakan selama ini akan berhasil kelak.Mudah-mudahan, Aminnnnn...! And another thing Ct perlukan sokongan korang semua tau Ct hargai sangat-sangat jasa korang....!!



No comments:

Post a Comment