Friday, 7 September 2012

Nihh..mai sini chek nak cerita..!

  Salam...Hye semua,macam mana hari nie sihat ke..?Dah makan ke belum..?:) Maaf kerana dah lama ct tak update di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Ok, hari ni ct nak sambung cerita tentang diri dan kerjaya ct.Selain daripada boleh menari dan menyanyi,ct juga mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan.Sebenarnya dari kecil ct cuma pandai menari dan menyanyi ja, tidak terlintas langsung di fikiran ct di waktu tu dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.Haa..mai sini chek nak cerita bagi kat hampa semua tau macam mana chek boleh minat dan menceburi bidang lakonan ni..!!!:)   

    Semasa berumur 19 tahun, ct pernah bekerja di sebuah kilang perindustrian yang terletak di Bayan Lepas Pulau Pinang yang bernama Jabil Circiut.Waktu tu bulan November, ct kena masuk shift malam dan pada hari yang sama juga ada pertandingan Boria dan seksta terbaik di Tapak Pesta Pulau pinang.Semasa ct di tempat kerja, tiba-tiba ct mendapat panggilan telefon dari abang angkat ct, dia meminta tolong pada ct untuk mengantikan tempat seorang pelakon skesta yang tidak dapat hadir ke pertandingan itu di atas sebab-sebab yang tertentu.Mulanya hati ini memang tidak mahu dan memang berat hati lah, pada masa yang sama ct kan tengah bekerja. Tapi bila fikir punya fikir, tup tup kira jadi lah oleh sebab ct rasa teringin nak berlakon dan mencuba bakat baru akhirnya ct mengambil keputusan untuk menggantikan tempat pelakon yang tidak dapat hadir itu.
  
  Kemudian ct terus berjumpa supervisor dan meminta kebenaran balik awal coz ada hal kecemasan.Hehehe..(bohong sunat jew..).Lepas tu apa lagi, ct terus ke Tapak Pesta Pulau Pinang. Sampai saja di sana, mulalah hati ct rasa berdebar-debar kerana pada malam itu kali pertama ct testing bakat berlakon ;).Tetapi pada waktu itu ramai yang bagi semangat dan sokongan kepada ct. Tunggu punya tunggu, tibalah giliran kumpulan ct untuk naik ke pentas...Watak yang ct perlu lakonkan adalah watak Mami Jarum "Hai Mami Jarum Alahai Mami Jarum" cam Yana Samsudin tak...? hehehe lawak je.Naik ja kat atas pentas tu, haa..mulala chek lupa diri dah kan...haha. Alhamdullilah ct dapat bawa watak Mami Jarum dengan baik.

 Fuhhh..lega...ct menarik nafas panjang lepas habis berlakon skestsa tu. Semua orang puji lakonan ct masa tu dan mereka tak sangka ct pandai berlakon.Tetapi waktu itu ct rasa lakonan ct cuma biasa-biasa ja,maklumlah pertama kali ct cuba berlakon kan..Jadi, ct pun tak menaruh harapan langsung untuk menang kerana ct fikir mungkin itu satu permulaan yang baik untuk ct mencuba bakat baru. Itulah kadangkan kalau kita tak mencuba kita tak akan tau apa yang ada dalam diri kita.

 Keesokkan harinya ct dan kesemua kumpulan boria pergi semula ke Tapak Pesta Pulau Pinang untuk mengetahui keputusan kumpulan boria manakah yang akan menang pertandingan itu.Semua berdebar-debar mendengar keputusan,akhirnya keputusan diumumkan.Kumpulan boria ct mendapat tempat ke-2, sketsa terbaik pula dimenangi oleh kumpulan ct.Dengar saja keputusan itu, ct terus terkejut dan betul-betul tak sangka akan menang sketsa terbaik.SYUKUR ALHAMDULILLAH...Haa..lepas tu la baru ct sedar yang ct juga mempunyai bakat lakonan. Selepas hari tu ct terus jatuh cinta dalam bidang lakonan kemenangan itu menyuntik semangat pada ct untuk terus menceburi bidang lakonan, ct and the group banyak terima tawaran untuk membuat persembahan sama ada di daerah Pulau Pinang ataupun di luar Pulau Pinang. Rancangan tv yang bertemakan Pelancongan juga ada menawarkan kami untuk mempromosikan Boria sebagai tarian kebudayaan Pulau Pinang.Dan pernah menjadi pelakon tambahan menerusi FILEM NANA TANJUNG 2 dan terbaru FILEM 29 SEPTEMBER.


   

No comments:

Post a Comment