Komen anda sangat-sangat berharga bagi Ct kerana dari situlah Ct dapat belajar dan tahu di mana salah serta kekurangan dalam lakonan Ct.Inilah sebahagian daripada PERSIAPAN & PERSEDIAAN Ct untuk ke GRANDFINAL nanti.Ct akan menonton video ini berulang kali untuk memperbaiki mutu lakonan Ct.Bukan video ini sahaja, malah Ct juga suka menonton drama-drama tv dan menonton wayang untuk mendalami dan mempelajari teknik-teknik lakonan yang bermutu.Selain itu, kalau nak tahu Ct juga kerap kali berlakon dan melakukan memek muka di depan cermin.Best tau,kalau tak percaya cuba buat.Hahaha..Jangan hampa bagi pecah cermin tu sudah lah naaa...sat lagi luka kaki,jenuh chek...!!!:)
Ok,video atau filem yang pertama ni bertajuk PENANG GANGSTER-WOMEN & GUN (silent mood).Menariknya, penggambaran cerita ini telah dijalankan di sebuah bangunan yang sangat lama ditinggalkan dan menyeramkan.Ia merupakan pengalaman baru Ct dan sangat-sangat berharga.Mai kita pakat-pakat tengok kaihhh...!!!:)Jenggg..jengg..jengggg...
Haaa...macam mana ok tak lakonan chek..???Hehehe..Bagi Ct,watak nie sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal.Masih banyak benda yang Ct perlu belajar dan perbaiki untuk melakonkan watak ini.Ct asa tidak berpuas hati dengan watak yang Ct lakokan ini,mungkin sebab ini kali pertama Ct membawa watak yang lasak dan ganas agaknya..Insyallah...Ct akan belajar dari kesilapan dan akan lakukan yang lebih baik di masa akan datang.Tunggu apa lagi,cepatla komen chek tak sabaq nak tau nih...!!!:)Huhuhu..Terima kasih naa..
Di bawah ni adalah gambar-gambar Ct dan rakan-rakan DMP tengah shotting FILEM PENANG GANGSTER-WOMEN & GUN:-
No comments:
Post a Comment