Wednesday 10 October 2012

PENYANYI IDOLA


 Betapa ku cinta padamu..
 Katakanlah kau cinta padaku...
 Sematkanlah ku di hatimu...
 Walau di mana berada...
 Ingat ku dalam doamu..




   Pasti anda semua sudah tahukan tajuk lirik lagu di atas dan siapakah penyanyi lagu itu.Semestinya penyanyinya adalah DATO' SITI NURHALIZA dan lagunya bertajuk AKU CINTA PADAMU.Kalau nak tahu, beliau lah PENYANYI IDOLA Ct selama ini.Sejak dari mula penglibatan beliau dalam bidang nyanyian lagi Ct sudah meminati beliau.Waktu tu Ct masih lagi di bangku sekolah.Ct memang sangat-sangat meminati bidang nyanyian  semasa zaman kecil dahulu dan pernah bercita-cita ingin menjadi penyanyi seperti DATO' SITI NURHALIZA, tetapi bila sudah dewasa rasanya Ct lebih sesuai menjadi seorang pelakon.kerana Ct telah sedar yang bakat Ct lebih kepada bidang lakonan.Jadi, sebab itulah Ct becita-cita nak jadi seorang pelakon yang berbakat dan hebat Insyallah.Suaranya yang merdu dan imejnya yang sopan telah membuatkan Ct sangat meminati dan menghormati beliau.Bukan kata suaranya sahaja yang merdu, malah semua lagu-lagunya juga amat menyentuh jiwa. Justeru itulah, Ct telah jadikan beliau sebagai IKON dalam hidup Ct untuk berjaya dalam hidup.



   Ct amat berbangga dengan beliau kerana telah berjaya menjadi seorang penyanyi dan penghibur nombor satu negara.Walaupun beliau berasal daripada kampung dan cuma berkelulusan SPM, tetapi beliau telah berjaya membuktikan kepada kita semua bahawa semua itu bukanlah menjadi penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.Siapa sangkakan,cuma berkelulusan SPM sahaja beliau boleh berjaya dan menjadi orang yang ternama seperti sekarang.Seperti kata pepatah, 'TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU' kan..!! JIKA KITA KUAT BERUSAHA, PASTINYA KITA AKAN MENEMUI KEJAYAAN INSYALLAH.




   Tengoklah, hebatkan beliau..!!! :) Kalau Anugerah apa ke, mesti DATO' SITI NURHALIZA tidak akan balik dengan tangan kosong. Hurmmm..Ct harap Ct pun boleh menjadi seorang anak seni yang berjaya dan disegani macam DATO' SITI NURHALIZA satu hari nanti.Bukan itu saja, sikap beliau yang amat penyabar dan rendah diri juga menjadi contoh kepada Ct.Dari dulu sampai sekarang beliau tetap tersenyum walau apa jua yang terjadi.Insyallah..untuk mencapai cita-cita dan kejayaan seperti beliau, Ct akan berusaha dan lakukan yang terbaik di GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH nanti.TERIMA KASIH yang tak terhingga juga Ct ucapkan kepada pihak SIMPLYSITI, METROWEALTH, MAJALAH LISA dan pihak yang terlibat kerana telah memberi peluang yang sangat berharga ini kepada Ct untuk menonjolkan bakat lakonan dan cita-cita Ct yang selama ini Ct pendam untuk menjadi seorang pelakon. Sekian sahajalah kisah tentang PENYANYI IDOLA Ct yerrr...Ikuti kisah dan aktiviti Ct seterusnya,ok..! :) Salam.




Monday 1 October 2012

TASK UNTUK GRANDFINAL..JENG,JENG,JENG..!

    Yipie..yipie..Kejapnya dah masuk bulan Oktober.Salam Oktober untuk anda semua yerr..!:) Semoga bulan Oktober ini memberi sinar baru dan kebaikan kepada kita semua.Dup dap dup dap..Semakin berdebar-debar rasanya.Tengah hari tadi, postman datang ke rumah dan telah menghantar kiriman dari pihak SIMPLYSITI  dan METROWEALTH.Mesti anda semua nak tahukan barang apakah yang dihantar oleh pihak SIMPLYSITI dan MERTOWEALTH.Ct telah menerima TASK untuk GRANDFINAL nanti, iaitu sekeping DVD.Nak tahu cerita apa yang Ct dapat.? Haa...nindiaa..tajuknya adalah FILEM SEKALI LAGI..


    Ct dan semua FINALIS dikehendaki menonton dvd yang telah diberikan.Empat babak dan watak telah diberikan dan kami dikehendaki memilih SATU babak sahaja untuk watak persembahan di GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH nanti.Tempoh bagi setiap sketsa pula adalah selama 3 minit sahaja.Yang paling mengejutkan dan menggembirakan lagi, setiap FINALIS akan digandingankan bersama pelakon-pelakon dari METROWEALTH.Hurmmm..agak-agaknya siapakah pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti.Hehehe..Tak kisahlah siapa pun pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti kerana pelakon-pelakon dari METROWEALTH semuanya berbakat, dan yang paling penting Ct akan cuba lakukan yang terbaik di GRANDFINAL nanti.Kerana itulah penentu kejayaan dan akan merubah masa depan Ct serta keluarga nanti.Mudah-mudahan CITA-CITA Ct akan tercapai,insyallah..Amin..

  Ct amat memerlukan kerjasama dan sokongan dari anda semua dan berjanji akan buat yang terbaik nanti.Kepada yang sudah mengundi Ct,ribuan terima kasih diucapkan dan jasa anda sangat-sangat Ct hargai.Kepada yang belum mengundi tu, bolehlah mengundi Ct di bawah ini.Anda cuma perlu menekan button 'LIKE' sahaja di link di bawah.Terima kasih semua..!:) Ketahui pula siapa penyanyi idola Ct di page seterusnya k..
 http://www.simplysiti.com.my/starsearch/index.php?users=finalis-siti-nurhasnida
 

Saturday 29 September 2012

PELAKON IDOLA

 

  Salam..Selamat datang dan terima kasih kepada yang baru saja mengikuti dan singgah di blog Ct yang tak seberapa ini...!:) Di malam yang dingin ini Ct ingin berkongsi dengan anda semua siapakah pelakon-pelakon idola Ct, dan anda semua pun mesti nak tahukan siapakah pelakon-pelakon idola Ct. Haaa...nindiaa..!!! Inilah pelakon-pelakon idola Ct kalau anda semua nak tahu.


PELAKON FILEM WANITA:-


  Ok,kalau pelakon filem wanita, Ct paling minat ERRA FAZIRA.Memang teruja kalau tengok lakonan beliau.Beliau sangat berbakat dan boleh membawa pelbagai watak.Selain itu, Ct suka sangat tengok penampilan Erra Fazira yang selalu cantik dan sangat bergaya.MISS WORLD la katakan..! :)


PELAKON DRAMA WANITA:-



  Haa..ini pula adalah pelakon-pelakon drama wanita yang sangat Ct minati iaitu WAN MAIMUNAH dan ELLY SURIATI. Sebab apa Ct minat..?, Sebabnya lakonan kedua-dua pelakon ini sangat-sangat mantap dan menyentuh perasaan.Tak dapat nak diucapkan dengan bibir ini betapa berbakatnya kedua-dua pelakon ini. Lakonan mereka selalu berkesan dan tidak menghampakan.Tambah-tambah kalau bawa watak seperti jahat dan sedih, memang terbaiklah..!!! :)


PELAKON FILEM LELAKI:-



  Pewittt..!!! Hehehe..Haa..ini pula pelakon filem lelaki yang Ct minati iaitu SHAHIEZY SAM dan AARON AZIZ.Nak cakap pasal bakat mereka ni Ct rasa anda semua pun dah sedia maklum dan tahukan betapa berbakatnya mereka. Lakonan mereka memang sangat-sangat mantap. Thumbs up..!


PELAKON DRAMA LELAKI:-


  ZUL HUZAIMY, nama yang tidak asing lagi di kaca tv tanahair.Juga menjadi pelakon idola Ct kerana bakat lakonannya yang sangat mantap. Mampu membawa watak apa saja dengan baik.Lakonannya juga nampak bersahaja.

  Haa..anda semua dah tahukan siapa pelakon-pelakon idola Ct.Ct harap dan berdoa agar satu hari nanti jika Ct dberi peluang untuk menjadi seorang pelakon, Ct ingin menjadi seorang pelakon yang hebat dan mantap seperti mereka di atas Ct nak tunjukkan bakat yang selama ini Ct pendam kepada rakyat MALAYSIA dan Insyallah Ct tak akan mengecewakan anda semua. Kerana itulah CITA-CITA Ct selama ini dan kerana itulah Ct ingin MENGGAPAI BINTANG SIMPLYSITI..!!!:) Doa-doakan lah kejayaan Ct yerr..Aminn...and one more thing Ct perlu sokongan dari anda diluar sana,  pada Ct tanpa penyokong Ct tak akan berjaya dalam bidang ini.Hopefully doa-doa anda semua termakbul Insyallah.


Thursday 27 September 2012

PERFUME SIMPLYSITI PILIHAN CT


  Bangun pagi gosok gigi,
  Gosoklah dengan berhati-hati,
  Kalau anda nak sentiasa wangi,
  Gunalah perfume SIMPLYSITI...

  Salam.Hye semua, pertama sekali Ct nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah sudi singgah di blog Ct ni yang tidak seberapa dari awal sampai sekarang.Tak lupa juga kepada semua yang telah mengundi dan menyokong Ct.Jasa baik dan kerjasama anda semua amat-amat Ct hargai.Terima kasih banyak-banyak yer....!!! :) Hari ni Ct nak berkongsi dengan anda semua tentang perfume kesukaan Ct.Haa..sudah tentulah Ct memilih PERFUME SIMPLYSITI.Kalau anda nak tahu, PERFUME SIMPLYSITI mempunyai 3 JENIS WANGIAN iaitu MEMOIRE, PURE, PRECIOUS.Ketiga-tiga jenis wangian itu berbau sangat harum dan wangi.Haa..anda pula memilih yang mana..??? Ct memilih PERFUME SIMPLYSITI MEMOIRE kerana sangat sukakan baunya yang sangat wangi, menyegarkan, memberi semangat baru serta berkeyakinan sewaktu melangkah.Kalau tak percaya, anda kena beli dan cuba gunakannya sendiri.Pasti anda akan tertarik dan jatuh cinta dengan wangi-wangian PERFUME SIMLPLYSITI.Harganya juga sangat berpatutan.Nak tahu lebih lanjut lagi tentang PERFUME SIMPLYSITI dan produk-produk SIMPLYSITI yang lain, anda bolehlah melayari laman web SIMPLYSITI. Banyak lagi produk-produk SIMPLYSITI yang anda boleh lihat.

 Ok,sekarang tibalah masanya Ct nak tunjukkan kepada anda semua gambar-gambar Ct bermanja dan berposing bersama PERFUME SIMPLYSITI MEMOIRE kesukaan Ct.Hurmm..manala tahukan kalau ada rezeki Ct boleh jadi model untuk PERFUME SIMPLYSITI ke satu hari nanti dan target Ct andai kata rezeki memihak kepada Ct, Ct akan usahakan sebaik mungkin untuk mempromosikan produk terbaru SIMPLYSITI dan akan Ct usahakan sebaik mungkin dan tidak akan menghampakan DATO SITI NURHALIZA dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam pencarian SIMPLYSITI STAR SEARCH ini. Insyallah..kalau ada rezeki Ct, amin








Tuesday 25 September 2012

PERSIAPAN & PERSEDIAAN KE GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH (PART4)



  Mari sini tuan-tuan & nyonya-nyonya,
  Cuma membaca tak perlu bertanya,
  Kalau nak tahu apa persiapan & persediaan saya,
  Jom ikuti cerita selanjutnya..


   Salam semua...!:) Ok, berbalik kepada PERSIAPAN & PERSEDIAAN yang telah Ct lakukan untuk ke GRANDFINAL nanti.Baru-baru ini Ct telah mengikuti EXPRESSION CLASS yang dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES.Ct excited gila nak pergi kelas ni dan tidak sabar untuk menimba ilmu baru.




    Hurmmm...Ct rasa seronok dan berbaloi sangat dapat mengikuti EXPRESSION CLASS yang dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES ini.Mana tidaknya, Ct dapat mempelajari teknik-teknik membuat memek muka mengikut watak lakonan seperti marah,sedih,takut,geram dan banyak lagi.Selain itu, ianya juga adalah satu peluang untuk Ct memperbaiki mutu lakonan Ct ke tahap yang lebih baik dan berkualiti untuk menghadapi GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH yang akan Ct tempuhi pada 20 OKTOBER 2012 nanti.Fuhhh..makin berdebar-debar jantung Ct rasanya.Hehehe...



   Jeng, jeng, jeng...!!! Haaa..kertas yang anda semua lihat di atas ini adalah KERTAS UJIAN UNTUK MENEKA MEMEK MUKA berdasarkan gambar memek muka yang telah diberikan.Huhuhu...nampak macam senang dan mudahkan,  tapi boleh tahan juga susahnya tau.Sebabnya, semua memek muka nampak hampir-hampir sama dan lebih kurang saja.Semua pelajar yang mengikuti EXPRESSION CLASS diberi masa selama 3 minit sahaja untuk menjawab soalan-soalan itu.Memang sangat-sangat  mencabar dan menguji minda.OK, sebelum semua pelajar EXPRESSION CLASS diberi kertas soalan kami semua perlu MENCABUT KERTAS UNDIAN.Siapa yang dah mencabut kertas undi akan mengetahui apakah watak dan memek muka yang perlu dilakukan.Hahaha..memang surprise apabila Ct telah mendapat WATAK HANTU dan perlu membuat memek muka seperti hantu.Selain itu Ct juga kena lakonkan WATAK HANTU KOMEDI, WATAK GARANG DAN WATAK MENGGODA.Haaa..hampa semua nak tengok macam mana muka Ct jadi hantu...???Hihihihi..tengokla beberapa gambar-gambar kat bawah ni...!:):):)





   'Pulangkan jika tidak aku akan cekik kamu..!!! Hihihihi...Ehem, ehem, terlebih sudah...:):):) Haaa...macam mana, ok tak Ct jadi hantu....??? Gerun ke tak, habaq mai sat kat chek..! Hehehe..Nanti sat, ada lagi nih..Jom tengok gambar yang Ct lakonkan untuk WATAK HANTU KOMEDI pula k.


  Nah, amik kau..! Hahaha..Senget habis mulut-mulut Ct.Nak sangat suruh hantu buat lawak..hahaha..


   Alhamdullilah Ct dapat lakukan tugasan dengan sempurna.....Dengan adanya kelas seperti ini kita boleh mempelajari lebih banyak lagi tentang ilmu lakonan dan dapat meningkatkan mutu lakonan kita.Alhamdulillah, Ct bersyukur dan berterima kasih sebab diberi peluang untuk mempelajari dan menimba ilmu baru dalam EXPRESSION CLASS yang telah dianjurkan oleh DE AMIRA MOTION PICTURES.Insyallah, Ct AKAN BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH LAGI UNTUK MENCAPAI BINTANG SIMPLYSITI..!!! Dan untuk merealisasikan impian Ct, Ct harap dapat sokongan dari anda diluar sana untuk mengapai Impian dan Cita-Cita Ct selama ini, kalau ada Rezeki tu Alhamdullilah kalau tiada pun Ct tetap bersyukur kerana Ct dah sampai hingga ketahap setinggi ini Ct harap berkat doa u all semua untuk Ct akan dimakbul.....Insyallah Amin...!!
  

  Demikian sahaja kisah PERSIAPAN & PERSEDIAAN Ct untuk ke GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH pada 20 OKTOBER 2012 nanti.Jangan lupa ikuti PERSIAPAN & PERSEDIAAN Ct seterusnya ok..!!! Terima kasih semua..Tata..titi..tutu...





Sunday 23 September 2012

PERTANDINGAN RATU (Part3)



   TIDAK PERNAH KENAL ERTI PUTUS ASA KERANA REZEKI & KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG TANPA USAHA adalah MOTTO HIDUP Ct.Selepas menyertai pertandingan RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA dan RATU 1 MALAYSIA, Ct mendapat lebih keyakinan diri dan ingin menimba lebih banyak lagi pengalaman dengan menyertai mana-mana pertandingan ratu kebaya.Tak kiralah sama ada menang atau kalah tapi Ct tetap nak mencuba nasib.Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tak berjaya Ct jadikan ia satu pengalaman untuk Ct perbaiki kelemahan Ct.


   Pada 14 Mei 2012 yang lepas Ct sekali lagi menyertai pertandingan RATU KEBAYA di PAMERAN PENGANTIN KOMTAR, PULAU PINANG.Hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM150 dan menjadi duta butik pengantin RED&GINCU.Tidak kisah berapa pun nilai hadiah yang ditawarkan, Ct cuma mahu menimba lebih banyak pengalaman .Dengan tidak disangka-sangka syukur alhamdulillah sekali lagi Ct telah memenangi pertandingan itu dan sekaligus menjadi model kepada BUTIK PENGANTIN RED&GINCU.



  Buat masa sekarang Ct berehat seketika dari menyertai mana-mana pertandingan kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada PERTANDINGAN AKHIR SIMPLYSITI STAR SEARCH.Ct harap apa yang Ct usahakan selama ini akan berhasil kelak.Mudah-mudahan, Aminnnnn...! And another thing Ct perlukan sokongan korang semua tau Ct hargai sangat-sangat jasa korang....!!



Friday 21 September 2012

PERTANDINGAN RATU (PART2)







   Pada bulan Ramadhan tahun lepas 2011, Ct sekali lagi mencuba nasib untuk menyertai PERTANDINGAN RATU 1 MALAYSIA di kompleks membeli belah Sunshine Square, Pulau Pinang.Cerita Yang benar sahabat Ct yang menyuruh Ct menyertai dan memberi sokongan untuk menyertai pertandingan ini.Lagi pun masa tu kan bulan puasa, nak raya pulak tu...Sajala Ct pun nak cuba nasib, manalah nak tahu, kalau-kalau ada rezeki Ct nak beli baju raya.Hehehe..Dengan tidak segan silunya, Ct pun menyertai pertandingan tersebut...Al-kisah tersebutla kisah.Aippp..




  Dah nama pun PERTANDINGAN RATU 1 MALAYSIA kan, mestila ada berbilang bangsa yang menyertai pertandingan itu seperti Melayu, Cina dan India.Seperti biasa, semua peserta disuruh Catwalk, memperkenalkan diri, menjawab soalan uji minda dan diwajibkan menunjuk bakat masing-masing.Tidak kira sama ada nak menyanyi, menari atau berlakon.Semua peserta yang menyertai pertandingan itu hebat-hebat belaka dan menunjukkan bakat masing-masing.Ct pula membuat persembahan tarian tiga bangsa iaitu tarian Melayu, Cina dan India.Apa pun, Ct cuma harapkan yang Ct akan cuba buat yang terbaik pada waktu itu.Kalau ada rezeki tak ke mana kan.





  Tup tup tup...Keputusan pun nak diumumkan...Jantung Ct mula berdebar dan menarik nafas panjang untuk mendengar keputusan.Hehehe..Setelah diumumkan keputusannya, Ct mendapat tempat KEDUA dan ANUGERAH PAKAIAN TERCANTIK.Apa pun Ct tetap bersyukur kerana walaupun di tempat kedua, Ct tetap mendapat hadiah mahkota, baucer membeli belah sebanyak rm500, make up berjenama Max Factor dan lain-lain lagi.Syukur juga kerana Tuhan dah makbulkan doa Ct, kalau menang Ct nak beli baju raya.Haa..dah dapat hadiah baucer, tunggu apa lagi.Lepas tu Ct membeli sakanlaa...Hehehe..




  Haa..Ct ada pesanan untuk anda semua, JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA SESUATU PERKARA YANG BAIK KERANA KITA TIDAK AKAN TAHU SETAKAT MANA KEBOLEHAN KITA SEBELUM MENCUBA.DAN PERCAYALAH PADA REZEKI..!!!Hah, dah macam pakar kaunseling dah Ct ni kan...Hehehe..