Yipie..yipie..Kejapnya dah masuk bulan Oktober.Salam Oktober untuk anda semua yerr..!:) Semoga bulan Oktober ini memberi sinar baru dan kebaikan kepada kita semua.Dup dap dup dap..Semakin berdebar-debar rasanya.Tengah hari tadi, postman datang ke rumah dan telah menghantar kiriman dari pihak SIMPLYSITI dan METROWEALTH.Mesti anda semua nak tahukan barang apakah yang dihantar oleh pihak SIMPLYSITI dan MERTOWEALTH.Ct telah menerima TASK untuk GRANDFINAL nanti, iaitu sekeping DVD.Nak tahu cerita apa yang Ct dapat.? Haa...nindiaa..tajuknya adalah FILEM SEKALI LAGI..
Ct dan semua FINALIS dikehendaki menonton dvd yang telah diberikan.Empat babak dan watak telah diberikan dan kami dikehendaki memilih SATU babak sahaja untuk watak persembahan di GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH nanti.Tempoh bagi setiap sketsa pula adalah selama 3 minit sahaja.Yang paling mengejutkan dan menggembirakan lagi, setiap FINALIS akan digandingankan bersama pelakon-pelakon dari METROWEALTH.Hurmmm..agak-agaknya siapakah pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti.Hehehe..Tak kisahlah siapa pun pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti kerana pelakon-pelakon dari METROWEALTH semuanya berbakat, dan yang paling penting Ct akan cuba lakukan yang terbaik di GRANDFINAL nanti.Kerana itulah penentu kejayaan dan akan merubah masa depan Ct serta keluarga nanti.Mudah-mudahan CITA-CITA Ct akan tercapai,insyallah..Amin..
Ct amat memerlukan kerjasama dan sokongan dari anda semua dan berjanji akan buat yang terbaik nanti.Kepada yang sudah mengundi Ct,ribuan terima kasih diucapkan dan jasa anda sangat-sangat Ct hargai.Kepada yang belum mengundi tu, bolehlah mengundi Ct di bawah ini.Anda cuma perlu menekan button 'LIKE' sahaja di link di bawah.Terima kasih semua..!:) Ketahui pula siapa penyanyi idola Ct di page seterusnya k..
http://www.simplysiti.com.my/starsearch/index.php?users=finalis-siti-nurhasnida

No comments:
Post a Comment