Pinggang ku yang ramping dan dada ku yang bidang,
Marilah..tuan-tuan dan nyonya,
Sama-samalah pandang perempuan yang cantik,
Bikin hati goyang...
Gelaran RATU CANTIK, RATU KEBAYA atau RATU apa saja pastinya menjadi idaman kepada setiap wanita di dunia ini.Setiap wanita pastinya berkeinginan dirinya digelar atau dianugerahkan menjadi ratu kan, anda semua bagaimana...???:) Ok, sekarang Ct nak cerita pula pengalaman Ct menyertai pertandingan RATU KEBAYA kepada anda semua..
Pada Ct, sesiapa saja yang mendapat anugerah atau gelaran RATU sememangnya sangat Bertuah.Ini kerana tidak semua wanita mampu memiliki gelaran atau anugerah itu.Untuk mendapat geralan tersebut semua peserta bukan sahaja diminta berjalan @ catwalk tetapi perlu juga menjawab soalan-soalan yang perlu dijawab oleh juri-juri dan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
Yang Ct tahu, kebanyakan wanita ingin menyertai PERTANDINGAN RATU CANTIK,RATU KEBAYA atau ratu apa saja tentunya kerana mahu memenangi pertandingan tersebut untuk bergelar RATU.Tetapi berbeza pula dengan Ct, menyertai pertandingan RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA adalah demi untuk MENGEJAR CITA-CITA dan ingin MENGETENGAHKAN BAKAT LAKONAN yang telah lama terpendam.Pada waktu itu, Ct cuma berfikir nak menang pertandingan itu kerana, sesiapa yang menangi pertandingan RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA PERINGKAT NEGERI yang berlangsung di HOTEL HARD ROCK PULAU PINANG akan layak bertanding ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Mungkin itu satu langkah untuk Ct mengembangkan bakat lakonan Ct, dan secara jujurnya tidak menyangka Ct akan memenangi pertandingan itu dan layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur, sekali gus mewakili negeri PULAU PINANG.Syukur Alhamdulillah, Ct mula menanam semangat untuk memenangi pertandingan akhir RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA demi kerana mahu mengejar cita-cita Ct untuk menjadi seorang pelakon.Juri-juri hebat yang hadir pada waktu itu adalah seperti Ibu Halimah atau Mak Dara, pelakon terkenal Nanu Baharuddin dan ramai lagi.
PROGRAM BERSAMA PENAJA
PERTANDINGAN AKHIR RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA
Semua finalis akhir sangat teruja dan berdebar-debar pada malam itu.Sebelum berlangsungnnya pertandingan akhir pada malam itu, sehari sebelum pertandingan akhir kami semua diajar berjalan atau catwalk oleh MODEL TERKENAL iaitu HALIZA KASIM.Di dalam hati kecil Ct mengharapkan Ct boleh memenangi pertandingan akhir pada malam itu dan dapat merealisasikan cita-cita menjadi seorang pelakon, tetapi rezeki dan nasib tidak menyebelahi Ct.Mungkin belum ada rezeki Ct, bagaimanapun Ct tetap bersyukur kerana telah memenagi ANUGERAH PALING BERBAKAT.Alhamdulillah..walaupun tak bergelar juara, sekurang-kurangnya pihak penganjur nampak yang Ct mempunyai bakat.Ct menerima trofi dan sijil penyertaan.JUARA RATU KEBAYA PANCAINDERA MAK DARA pula mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000, pakej percutian ke KOREA dan hamper.
Usaha Ct tidak setakat itu, Ct terus berusaha gigih untuk merealisasikan impian dan cita-cita Ct.Alhamdulillah..buktinya, sekarang Ct dah menyertai SIMPLYSITI STAR SEARCH dan dapat ke GRANDFINAL.:) Alhamdullilah...



















No comments:
Post a Comment