Wednesday, 10 October 2012

PENYANYI IDOLA


 Betapa ku cinta padamu..
 Katakanlah kau cinta padaku...
 Sematkanlah ku di hatimu...
 Walau di mana berada...
 Ingat ku dalam doamu..




   Pasti anda semua sudah tahukan tajuk lirik lagu di atas dan siapakah penyanyi lagu itu.Semestinya penyanyinya adalah DATO' SITI NURHALIZA dan lagunya bertajuk AKU CINTA PADAMU.Kalau nak tahu, beliau lah PENYANYI IDOLA Ct selama ini.Sejak dari mula penglibatan beliau dalam bidang nyanyian lagi Ct sudah meminati beliau.Waktu tu Ct masih lagi di bangku sekolah.Ct memang sangat-sangat meminati bidang nyanyian  semasa zaman kecil dahulu dan pernah bercita-cita ingin menjadi penyanyi seperti DATO' SITI NURHALIZA, tetapi bila sudah dewasa rasanya Ct lebih sesuai menjadi seorang pelakon.kerana Ct telah sedar yang bakat Ct lebih kepada bidang lakonan.Jadi, sebab itulah Ct becita-cita nak jadi seorang pelakon yang berbakat dan hebat Insyallah.Suaranya yang merdu dan imejnya yang sopan telah membuatkan Ct sangat meminati dan menghormati beliau.Bukan kata suaranya sahaja yang merdu, malah semua lagu-lagunya juga amat menyentuh jiwa. Justeru itulah, Ct telah jadikan beliau sebagai IKON dalam hidup Ct untuk berjaya dalam hidup.



   Ct amat berbangga dengan beliau kerana telah berjaya menjadi seorang penyanyi dan penghibur nombor satu negara.Walaupun beliau berasal daripada kampung dan cuma berkelulusan SPM, tetapi beliau telah berjaya membuktikan kepada kita semua bahawa semua itu bukanlah menjadi penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.Siapa sangkakan,cuma berkelulusan SPM sahaja beliau boleh berjaya dan menjadi orang yang ternama seperti sekarang.Seperti kata pepatah, 'TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU' kan..!! JIKA KITA KUAT BERUSAHA, PASTINYA KITA AKAN MENEMUI KEJAYAAN INSYALLAH.




   Tengoklah, hebatkan beliau..!!! :) Kalau Anugerah apa ke, mesti DATO' SITI NURHALIZA tidak akan balik dengan tangan kosong. Hurmmm..Ct harap Ct pun boleh menjadi seorang anak seni yang berjaya dan disegani macam DATO' SITI NURHALIZA satu hari nanti.Bukan itu saja, sikap beliau yang amat penyabar dan rendah diri juga menjadi contoh kepada Ct.Dari dulu sampai sekarang beliau tetap tersenyum walau apa jua yang terjadi.Insyallah..untuk mencapai cita-cita dan kejayaan seperti beliau, Ct akan berusaha dan lakukan yang terbaik di GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH nanti.TERIMA KASIH yang tak terhingga juga Ct ucapkan kepada pihak SIMPLYSITI, METROWEALTH, MAJALAH LISA dan pihak yang terlibat kerana telah memberi peluang yang sangat berharga ini kepada Ct untuk menonjolkan bakat lakonan dan cita-cita Ct yang selama ini Ct pendam untuk menjadi seorang pelakon. Sekian sahajalah kisah tentang PENYANYI IDOLA Ct yerrr...Ikuti kisah dan aktiviti Ct seterusnya,ok..! :) Salam.




Monday, 1 October 2012

TASK UNTUK GRANDFINAL..JENG,JENG,JENG..!

    Yipie..yipie..Kejapnya dah masuk bulan Oktober.Salam Oktober untuk anda semua yerr..!:) Semoga bulan Oktober ini memberi sinar baru dan kebaikan kepada kita semua.Dup dap dup dap..Semakin berdebar-debar rasanya.Tengah hari tadi, postman datang ke rumah dan telah menghantar kiriman dari pihak SIMPLYSITI  dan METROWEALTH.Mesti anda semua nak tahukan barang apakah yang dihantar oleh pihak SIMPLYSITI dan MERTOWEALTH.Ct telah menerima TASK untuk GRANDFINAL nanti, iaitu sekeping DVD.Nak tahu cerita apa yang Ct dapat.? Haa...nindiaa..tajuknya adalah FILEM SEKALI LAGI..


    Ct dan semua FINALIS dikehendaki menonton dvd yang telah diberikan.Empat babak dan watak telah diberikan dan kami dikehendaki memilih SATU babak sahaja untuk watak persembahan di GRANDFINAL SIMPLYSITI STAR SEARCH nanti.Tempoh bagi setiap sketsa pula adalah selama 3 minit sahaja.Yang paling mengejutkan dan menggembirakan lagi, setiap FINALIS akan digandingankan bersama pelakon-pelakon dari METROWEALTH.Hurmmm..agak-agaknya siapakah pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti.Hehehe..Tak kisahlah siapa pun pelakon yang akan digandingkan bersama Ct nanti kerana pelakon-pelakon dari METROWEALTH semuanya berbakat, dan yang paling penting Ct akan cuba lakukan yang terbaik di GRANDFINAL nanti.Kerana itulah penentu kejayaan dan akan merubah masa depan Ct serta keluarga nanti.Mudah-mudahan CITA-CITA Ct akan tercapai,insyallah..Amin..

  Ct amat memerlukan kerjasama dan sokongan dari anda semua dan berjanji akan buat yang terbaik nanti.Kepada yang sudah mengundi Ct,ribuan terima kasih diucapkan dan jasa anda sangat-sangat Ct hargai.Kepada yang belum mengundi tu, bolehlah mengundi Ct di bawah ini.Anda cuma perlu menekan button 'LIKE' sahaja di link di bawah.Terima kasih semua..!:) Ketahui pula siapa penyanyi idola Ct di page seterusnya k..
 http://www.simplysiti.com.my/starsearch/index.php?users=finalis-siti-nurhasnida