Pergi ke Penang naik Bukit Bendera,
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Assalamualaikum...Yuhuu...Hye..!!! Saya Siti Norhasnida Bt Hasri, boleh je panggil Ct, Ma et or Hasnida pilih je yang mana, salah seorang daripada finalis Simplysiti Star Search.Berumur 26 tahun,berasal dari Taiping Perak dan membesar di Pulau Pinang.Peramah,suka ketawa dan gila-gila itulah perwatakkan ct hehehe..Ct ingin mengucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu kepada anda yang mana sudi mengintai dan bersantai di blog ct yang tak seberapa ini.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ct jom ikuti aktiviti dan apa persiapan ct ke Grandfinal nanti..Pakat-pakat mai singgah naa..!!! Thanks Guys..!!
Berjalan-jalan di pasaraya,
Untuk membeli si ikan patin,
Ku ucapkan selamat hari raya,
Mohon Maaf zahir dan batin..
Balik kampung..oww..balik kampung...!! Sebelum berakhirnya bulan Syawal yang mulia ini,ct ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam.Semoga Syawal kali ini memberi semangat dan sinar baru kepada kita semua.
Ikan emas ikan keli,
Buat gulai sedap dimakan,
Betul lah kata P.Ramlee,
Irama dan lagu tak dapat dipisahkan.
Artis Budaya atau penari Kebudayaan,itulah pekerjaan ct...Ct bekerja sebagai artis budaya di Pulau Pinang. Alhamdulillah sejak kecil lagi darah seni mengalir dalam badan ct dan telah dikurniakan bakat menari.Selain menari, ct juga boleh menyanyi dan berlakon.Ct bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang berbakat dan berkalibel satu hari nanti Insyallah.Disebabkan itulah ct menyertai pertandingan SIMPLYSITI STAR SEARCH untuk merealisasikan impian ct.Ct tertarik dengan slogan Megar David Teoh "BINTANG DICIPTA BUKAN DILAHIRKAN", kata orang "TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI,TUAH MANUSIA SIAPA TAHUKAN"
Di bawah ni adalah gambar-gambar ct semasa membuat persembahan tarian ketika di dalam dan di luar negeri untuk dikongsi dan tatapan anda semua.Mai tengok kaihhh...!!!:)